MOSTI siasat penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah

7 Jun 2026, 7:26 AM
MOSTI siasat penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah
MOSTI siasat penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah

PUTRAJAYA, 7 JUN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis (4 Jun).

MOSTI menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan setakat ini.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MOSTI menasihati orang awam agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau e-mel kepada bpadg@mosti.gov.my.

Selain itu, kementerian tersebut juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi manakala sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.