Warga emas hilang di kebun sawit, SAR diperluas

1 Jun 2026, 1:45 PM
Warga emas hilang di kebun sawit, SAR diperluas

JEMPOL, 1 JUN: Seorang lelaki warga emas dilapor hilang di kawasan kebun sawit di Palong, di sini sejak semalam.

Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Jefri Jamal berkata Abdullah Alias, 78, dipercayai tidak pulang ke rumah setelah masuk ke kebun sawit tersebut pada petang semalam namun motosikal ditunggang mangsa masih berada di kebun.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada 8.45 pagi ini, pusat gerakan operasi (PGO) turut memohon bantuan tiga anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) ke lokasi kejadian.

"Difahamkan warga emas itu keluar rumah pada 5 petang dan disedari tidak pulang ke rumah kira-kira sejam kemudian, sebelum waris berusaha mencari mangsa hingga 7 petang di kawasan kebun namun hanya menjumpai motosikal ditunggang mangsa," katanya kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR di kebun seluas 4.04 hektar itu melibatkan bantuan daripada empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Palong, tiga anggota polis dan lapan orang awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.