Kerajaan Selangor salur RM40,000 bantu SJBA baik pulih kesan kebakaran

31 Mei 2026, 8:34 AM
Kerajaan Selangor salur RM40,000 bantu SJBA baik pulih kesan kebakaran
Kerajaan Selangor salur RM40,000 bantu SJBA baik pulih kesan kebakaran
Kerajaan Selangor salur RM40,000 bantu SJBA baik pulih kesan kebakaran

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri akan menyalurkan sumbangan RM40,000 kepada Subang Jaya Buddhist Association (SJBA) bagi membantu usaha membina semula struktur rosak akibat kebakaran tahun lalu.

Ia diumumkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han ketika kunjungan ke SJBA bersama Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.

Beliau bersama penduduk turut meraikan sambutan Hari Wesak di SJBA.

"Saya tersentuh hati apabila dapat bersama-sama meraikan sambutan ini," katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, SJBA telah lama menjadi pusat keagamaan dan komuniti yang penting di Subang Jaya selain menyatukan masyarakat setempat.

Ng turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.

"Semoga keamanan, kebijaksanaan dan belas ihsan sentiasa mengiringi kehidupan anda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.