SHAH ALAM, 31 MEI: Dato' Menteri Besar menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wesak kepada rakyat Malaysia, khususnya di Selangor.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, Hari Wesak adalah perayaan agung yang mengingati kelahiran Gautama Buddha ke dunia ini.
"Ajaran Buddha yang sentiasa mengutamakan keamanan dan keharmonian sebagai asas kehidupan bertepatan dengan dunia yang kini dihimpit pelbagai konflik.
"Semoga perayaan Hari Wesak diraikan dengan penuh meriah dan gembira di kalangan penganut Buddha seluruh dunia," katanya menerusi Facebook.
Hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha selain penganutnya bersembahyang dan melepaskan burung merpati serta memberi makan kepada orang miskin.








