SHAH ALAM, 27 MEI: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus dalam kejadian di Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Selangor hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1.40 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, anggota melaporkan mangsa dipercayai lemas dibawa arus sungai.
"Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan.









