MBDK catat risiko rasuah rendah, naik taraf integriti dan tadbir urus

26 Mei 2026, 10:30 AM
MBDK catat risiko rasuah rendah, naik taraf integriti dan tadbir urus

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berjaya mencapai penarafan semula risiko rasuah pada kategori rendah bagi tahun ini berbanding kategori sederhana pada tahun sebelumnya.

Datuk Bandar MBDK, Dato'Abdul Hamid Hussain berkata penarafan semula itu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan data dalaman agensi berkenaan serta maklumat organisasi yang dibekalkan pihak majlis bagi tempoh 2023 hingga 2025.

"Penurunan taraf risiko rasuah ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan hasil daripada usaha berterusan serta komitmen padu pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja," katanya dalam perutusan mensyuarat penuh MBDK.

Tambahnya, pencapaian berkenaan mencerminkan kesungguhan majlis dalam memperkukuh tadbir urus serta membudayakan integriti dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Penarafan semula risiko rasuah tahun 2026 itu juga dilihat sebagai pengiktirafan terhadap pelaksanaan pelbagai inisiatif integriti dan pemantauan dalaman yang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak majlis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.