Anwar ucap tahniah Malaysia juara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026

20 Mei 2026, 1:31 AM
Anwar ucap tahniah Malaysia juara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad kuadron negara atas kejayaan muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pasukan sepak takraw kebangsaan menjulang piala kejuaraan selepas berjaya menewaskan India pada perlawanan akhir acara kuadran pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 19 Mei 2026. Malaysia menang dengan keputusan 2-0. Foto BERNAMA

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah,” kata beliau.

Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas ‘merejam’ India 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi itu menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang juga dikenali Home of Sepak Takraw itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.