11 masjid, empat surau di DUN Pandamaran terima sumbangan korban Aidiladha

19 Mei 2026, 2:24 PM
11 masjid, empat surau di DUN Pandamaran terima sumbangan korban Aidiladha

SHAH ALAM, 19 MEI: Sebanyak 11 surau dan empat masjid di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran menerima sumbangan korban sempena sambutan Aidiladha.

Wakil rakyatnya Leong Tuck Chee berkata surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan juga menerima sumbangan lembu dan kambing untuk pelaksanaan ibadah tersebut.

“Melalui sumbangan ini, setiap masjid bakal menerima seekor lembu, manakala setiap surau akan menerima dua ekor kambing.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu melancarkan urusan ibadah qurban di kariah masing-masing.

"Saya juga mendoakan agar semua umat Islam dapat menjalankan ibadah haji dan qurban dengan penuh takzim,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata pihaknya memperuntukkan RM1.5 juta bagi pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan peruntukan itu akan digunakan untuk pembelian lembu korban sebelum diagihkan kepada penerima yang layak.

Menurutnya, agihan tersebut diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bersama pejabat EXCO Pertanian, Dato’ Ir Izham Hashim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.