Ayam RM10 seekor di lapan lokasi Jualan Rahmah Aidiladha

19 Mei 2026, 7:51 AM
Ayam RM10 seekor di lapan lokasi Jualan Rahmah Aidiladha
Ayam RM10 seekor di lapan lokasi Jualan Rahmah Aidiladha
Ayam RM10 seekor di lapan lokasi Jualan Rahmah Aidiladha
Ayam RM10 seekor di lapan lokasi Jualan Rahmah Aidiladha
Ayam RM10 seekor di lapan lokasi Jualan Rahmah Aidiladha

SHAH ALAM, 19 MEI: Sejumlah 1,500 ekor ayam dengan harga promosi RM10 seekor akan disediakan di setiap lapan lokasi penganjuran Program Jualan Rahmah Madani–Jualan Mega Aidiladha 2026 yang berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata program kerjasama pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Menurut Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang, penganjuran program melibatkan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain ayam barangan asas lain yang ditawarkan pada harga promosi adalah ikan (RM6.50-900 gram), daging (RM10-900 gram), beras (RM12-5kg), telur Gred B (RM7-sepapan), minyak masak (RM10-2kg), tepung (RM2-1kg), bihun, sardin, sabun pencuci pakaian dan lampin bayi pakai buang.

“Selain itu, produk baharu yang akan turut dibawa adalah daging shabu-shabu dan santan kotak (1 liter). Program selama dua hari ini bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian serta persiapan Aidiladha pada harga lebih rendah dan berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berucap dalam program Karnival 100 Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 1 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Inisiatif ini merupakan usaha berterusan PKPS dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan asas pada harga berpatutan,” katanya kepada Media Selangor.

Lokasi penganjuran adalah seperti berikut:

23 Mei 2026 (Sabtu)

  • Dataran Bougainvilla, Kampung Sungai Kertas (DUN Sungai Tua)

  • Perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam (DUN Pandan)

  • Dataran Pantai Batu Laut (DUN Tanjung Sepat)

  • Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar (DUN Sungai Air Tawar)

24 Mei 2026 (Ahad)

  • Balai Penghulu Telok Panglima Garang (DUN Sijangkang)

  • Perkarangan Flat Taman Kem, Pelabuhan Klang (DUN Pelabuhan Klang)

  • Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang (DUN Taman Templer)

  • Tapak Parkir Econsave Sungai Buloh (DUN Paya Jaras)

Selain itu, katanya pengunjung Jualan Rahmah Madani–Jualan Mega Aidiladha 2026 diminta membawa kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan selain promosi adalah tertakluk kepada stok semasa di setiap lokasi dan cawangan terlibat.

Menurutnya, selain jualan di lokasi terpilih, PKPS turut melaksanakan inisiatif melalui Promo Raya Haji Ehsan Mart sebagai pilihan tambahan kepada orang ramai untuk membuat persiapan Aidiladha dengan lebih mudah dan berbaloi.

“Promo Raya Haji Ehsan Mart berlangsung dari 15 hingga 31 Mei di tiga cawangan Ehsan Mart iaitu Ehsan Mart Sungai Tua, Selayang, Ehsan Mart Pandan Utama dan Ehsan Mart Taman Melawati.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR

“Antara produk terlibat adalah kerang sejuk beku, cili giling, kerisik, rempah dan ayam goreng. Diharap inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dalam membuat persiapan Aidiladha dengan lebih mudah dan menjimatkan kos perbelanjaan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi Jalaludin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.