Bot karam: Mayat ke-10 ditemukan nelayan, empat masih hilang

15 Mei 2026, 2:04 AM
Bot karam: Mayat ke-10 ditemukan nelayan, empat masih hilang

IPOH, 15 MEI: Satu lagi mayat mangsa bot membawa warga Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor ditemukan malam tadi, menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini 10 orang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat lelaki itu ditemukan nelayan pada 7.40 malam pada kedudukan 3.6 batu nautika timur laut dari lokasi kejadian.

“Mayat dipindahkan ke aset Pasukan Polis Marin (PPM) PSC 16 dari vesel nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti PPM Kampung Acheh pada 9.35 malam untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari kelima diteruskan pada 7 pagi tadi bagi mencari empat lagi mangsa hilang.

Dalam kejadian 11 Mei, sebuah bot dipercayai membawa 37 pendatang tanpa izin Indonesia dilaporkan karam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, 23 mangsa berjaya diselamatkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.