Harga makanan dijangka naik separuh kedua tahun ini – Mohamad Sabu

13 Mei 2026, 11:51 AM
Harga makanan dijangka naik separuh kedua tahun ini – Mohamad Sabu

SHAH ALAM, 13 MEI: Kerajaan menjangkakan harga makanan meningkat pada separuh kedua tahun ini susulan kenaikan kos penghantaran, baja dan makanan ternakan akibat krisis tenaga global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenaikan harga minyak dunia ketika ini memberi tekanan kepada rantaian bekalan makanan negara termasuk sektor penternakan dan perikanan.

Menurutnya, antara kebimbangan utama ialah peningkatan kos bijirin dan soya yang menjadi bahan asas makanan ternakan ayam, lapor Kosmo!.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu selesa. Kita menjangkakan akan berlaku perubahan harga dan kerajaan akan memantau rapat situasi semasa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Agro Penjaja-i .

Beliau berkata Malaysia masih bergantung kepada import bijirin ternakan dari Brazil dan Argentina, manakala bekalan beras pula diperoleh dari Pakistan, India dan Bangladesh.

Katanya, walaupun tiada gangguan penghantaran ketika ini, kenaikan harga minyak tetap memberi kesan kepada kos logistik serta bahan pertanian termasuk baja dan urea.

“Apabila berlaku krisis tenaga, semua kos berkaitan akan turut terjejas,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.