Polis tangkap dua lelaki, rampas syabu dan cecair ketamin di Hulu Selangor

13 Mei 2026, 7:27 AM
Polis tangkap dua lelaki, rampas syabu dan cecair ketamin di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 13 MEI: Polis menahan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di sekitar Hulu Selangor kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Polis Daerah Hulu Selangor memaklumkan, tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 11 malam, membabitkan seorang lelaki di kawasan Bukit Sentosa.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan 11 paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Susulan tangkapan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, dalam serbuan kira-kira jam 6 petang, sepasukan polis dari Balai Polis Batang Kali menahan seorang lagi lelaki tempatan di kawasan Batang Kali.

Pemeriksaan lanjut menemukan satu kartrij pod rokok elektronik berjenama Nevoks yang mengandungi cecair disyaki dadah jenis ketamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.