Polis buru suspek kurung, liwat remaja di Bukit Kemuning

13 Mei 2026, 12:27 AM
Polis buru suspek kurung, liwat remaja di Bukit Kemuning

SHAH ALAM, 13 MEI: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mengurung serta meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej internet telefon bimbit sebagai balasan membantu mengangkat barang di rumahnya.

“Remaja itu kemudiannya diikat kaki dan tangan sebelum disyaki diliwat oleh suspek.

"Semasa dikurung dan ditinggalkan berseorangan di dalam rumah tersebut, mangsa berjaya membuka ikatan dan telah menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik rumah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dikurung kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan oleh jiran berdekatan.

Katanya, suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya kini sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 342, Seksyen 377C dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan mengingatkan mereka supaya tidak mudah mendekati individu tidak dikenali bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.