Hantavirus: Dua warga Singapura negatif, risiko kepada orang awam kekal rendah

9 Mei 2026, 6:06 AM
Hantavirus: Dua warga Singapura negatif, risiko kepada orang awam kekal rendah

SHAH ALAM, 9 MEI: Dua penduduk Singapura yang berada di atas kapal persiaran MV Hondius disahkan negatif jangkitan hantavirus, menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA).

CDA dalam kenyataan di Facebook memaklumkan ujian yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan tidak mengesan kehadiran virus berkenaan.

“Ujian melibatkan beberapa sampel daripada kedua-dua individu mengesahkan bahawa hantavirus, termasuk strain Andes, tidak dikesan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, kedua-dua individu tersebut akan dikuarantin selama 30 hari dari tarikh pendedahan terakhir.

CDA berkata ujian susulan akan dijalankan sebelum mereka dibenarkan keluar daripada kuarantin, diikuti pemantauan melalui telefon bagi baki tempoh pemantauan selama 45 hari.

“Risiko kepada orang awam di Singapura kekal rendah. CDA sedang memantau rapat situasi ini dan bersedia mempertingkat langkah kesihatan awam sekiranya perlu,” menurut agensi itu lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.