Proses keropok lekor: Dari ikan ke snek popular

9 Mei 2026, 5:54 AM
Proses keropok lekor: Dari ikan ke snek popular

Seawal pagi, suasana di sebuah kilang pemprosesan keropok lekor mula sibuk dengan tenaga kerja yang komited memastikan setiap proses berjalan lancar dan teratur.

Setiap peringkat dilakukan dengan teliti bagi memastikan kualiti, rasa dan kebersihan produk sentiasa terjaga demi memenuhi permintaan pelanggan.

Keseluruhan rantaian ini memperlihatkan kerjasama erat antara pekerja, pengusaha dan pengedar dalam memastikan bekalan keropok lekor sentiasa mencukupi.

Jurufoto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH merakam proses penghasilan keropok lekor dari peringkat pemprosesan hingga pemasaran di Tokku Leko Kajang pada 10 April 2026.

Isi ikan yang siap diproses dibawa ke bahagian pemprosesan di kilang pembuatan keropok lekor.

Isi ikan dimasukkan ke dalam mesin pengisar bagi menghasilkan isi yang halus untuk adunan.

Adunan isi ikan dicampur bersama tepung dan air sebelum diuli menggunakan mesin bagi mendapatkan doh yang sekata.

Doh yang siap diuli diproses menggunakan mesin pembentuk untuk menghasilkan keropok lekor dalam saiz yang seragam.

Keropok lekor yang telah dibentuk melalui proses perebusan bagi memastikan tekstur dimasak dengan sempurna.

Sebahagian keropok lekor digoreng dalam minyak panas bagi menghasilkan tekstur rangup sebelum dipasarkan kepada pelanggan.

Pekerja membungkus keropok lekor dengan kemas bagi memastikan kebersihan dan kualiti produk terpelihara.

Mazlita Rani menunjukkan keropok lekor yang siap dibungkus untuk dipasarkan ketika tinjauan di sebuah kilang pemprosesan pada 10 April 2026. Proses penghasilan makanan tradisi itu melibatkan beberapa peringkat termasuk pengisaran ikan, pengadunan, pembentukan doh serta pembungkusan bagi memastikan kualiti produk sentiasa terjaga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.