PM umum pengurangan sewa premis perniagaan mulai bulan ini

5 Mei 2026, 8:47 AM
PM umum pengurangan sewa premis perniagaan mulai bulan ini

SHAH ALAM, 5 MEI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan seluruh negara diarah menurunkan kadar sewa premis perniagaan susulan tekanan kos akibat krisis bekalan global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu melibatkan premis milik agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dengan pengurangan kadar sewa akan dilaksanakan mulai bulan ini.

"Untuk membantu peniaga kecil, langkah mengurangkan kadar sewa premis akan dilaksanakan. Premis milik agensi kerajaan seperti MARA dan UDA akan menurunkan kadar sewa mulai bulan ini," katanya dalam sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata usaha tersebut penting susulan peningkatan kos barangan yang berlaku secara berterusan sehingga memberi kesan kepada operasi harian peniaga dan penjaja.

"Kita sering membicarakan tekanan kos sara hidup akibat krisis bekalan global yang semakin meruncing. Bekalan yang terjejas menyebabkan kos meningkat dan akhirnya menekan rakyat, khususnya peniaga dan penjaja," katanya.

Anwar memaklumkan Selangor menyambut baik cadangan itu dan akan menurunkan kadar sewa premis perniagaan terutama melibatkan peniaga kecil dan penjaja.

Pengurangan sewa premis kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.