PM ucap takziah pemergian Jalil Hamid

4 Mei 2026, 12:48 PM
PM ucap takziah pemergian Jalil Hamid

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan takziah atas pemergian pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid hari ini.

Anwar menyifatkan Allahyarham sebagai seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air dan pemergian itu merupakan kehilangan besar kepada industri kreatif negara.

“Jasa dan legasinya akan terus dikenang. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat sukar ini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jalil atau nama sebenarnya Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 12.30 tengah hari tadi pada usia 69 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, kira-kira 5.50 petang tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.