Polis tahan dua warga asing tanpa dokumen sah mengemis di KLIA

2 Mei 2026, 12:00 AM
Polis tahan dua warga asing tanpa dokumen sah mengemis di KLIA

PUTRAJAYA, 2 MEI: Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 45 tahun itu dipercayai individu yang dipaparkan dalam video tular di media sosial berkaitan aktiviti mengemis di kawasan terminal berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek yang masing-masing warganegara Tajikistan dan Palestin itu tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

“Modus operandi suspek adalah dengan menghampiri pengunjung di lapangan terbang untuk meminta wang dengan meraih simpati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.