Jualan Ehsan Rahmah henti sedia beg plastik kepada pembeli

30 Apr 2026, 5:51 AM
Jualan Ehsan Rahmah henti sedia beg plastik kepada pembeli
Jualan Ehsan Rahmah henti sedia beg plastik kepada pembeli
Jualan Ehsan Rahmah henti sedia beg plastik kepada pembeli

SHAH ALAM, 30 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah menghentikan penyediaan beg plastik kepada pembeli mulai semalam bagi mengurangkan penggunaannya

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha memperkukuh kesedaran terhadap penggunaan plastik sekali guna.

"Pengunjung dinasihatkan membawa beg kitar semula sendiri ketika membeli barangan di Jualan Ehsan Rahmah" katanya dalam kenyataan Facebook.

Langkah berkenaan selaras dengan usaha berterusan kerajaan negeri dalam mengurangkan sisa pepejal serta memupuk budaya penggunakan beg kitar semula dalam masyarakat.

Program Jualan Ehsan Rahmah dikenali sebagai inisiatif membantu rakyat membeli barangan keperluan pada harga berpatutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.