Individu bakar mercun hingga ganggu ketenteraman awam dicari

29 Apr 2026, 2:52 PM
Individu bakar mercun hingga ganggu ketenteraman awam dicari

SHAH ALAM, 29 APRIL: Polis sedang mengesan individu dipercayai terlibat dalam kes mengganggu ketenteraman awam dengan membakar mercun pada awal pagi yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Ramsay Embol berkata dalam kejadian itu mercun berkenaan dipercayai melepaskan letupan kuat antara 50 hingga 100 das secara berturut-turut bagi sesi fotografi perkahwinan di kawasan parkir awam Setia Alam Community Trail, di sini.

“Dalam rakaman yang tular itu menunjukkan kejadian berlaku pada 1.05 pagi, 26 April dan pembakaran mercun dilakukan sebanyak tiga siri mercun secara berturut-turut. Kejadian kembali berulang pada 27 April pada 2.11 pagi.

“Satu laporan polis diterima pada 8.26 pagi, 29 April selepas video itu tular dalam media sosial dan mendapat perhatian orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramsay berkata mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Mahanira Mahat menerusi talian 0192522905 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.