Selangor rancang ambil semula tanah IWK untuk pembangunan baharu - MB

28 Apr 2026, 10:59 AM
Selangor rancang ambil semula tanah IWK untuk pembangunan baharu - MB
Selangor rancang ambil semula tanah IWK untuk pembangunan baharu - MB

SHAH ALAM, 28 APR: Kerajaan Negeri merancang mengambil semula tanah yang sebelum ini diperuntukkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) bagi pembinaan loji rawatan air susulan perubahan keperluan teknologi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu penting bagi membolehkan kawasan terbabit dimanfaatkan semula untuk pembangunan pada masa hadapan, khususnya di lokasi yang dikenal pasti strategik.

"Kerajaan Negeri telah menyenaraikan semua tanah-tanah diserahkan sebelum ini untuk loji IWK yang mana berlaku perubahan teknologi iaitu kawasan tersebut tidak memerlukannya.

"Kita telah senaraikan semula tanah berkaitan yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibina loji rawatan air... kita sedang tuntut balik.

"Ini kerana sebahagian kawasan sangat strategik dan boleh dilaksana pembangunan untuk semua," katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan penggulungan sempena Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 di Shah Alam pada 28 April 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Pada masa sama, Amirudin mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak menyerahkan sepenuhnya perancangan pembangunan kepada pihak pemaju.

"Pada 2008, Menteri Besar ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beri teguran supaya jabatan perancang perlu jadi perancang dan bukannya membiarkan pemaju tentukan.

"Sebab itu, perlu lihat secara menyeluruh dan perlu ada perubahan di peringkat PBT," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.