Selangor disaran pertingkat kemudahan mesra OKU, jadi contoh negeri lain

22 Apr 2026, 1:30 PM
Selangor disaran pertingkat kemudahan mesra OKU, jadi contoh negeri lain
Selangor disaran pertingkat kemudahan mesra OKU, jadi contoh negeri lain
Selangor disaran pertingkat kemudahan mesra OKU, jadi contoh negeri lain
Selangor disaran pertingkat kemudahan mesra OKU, jadi contoh negeri lain

SHAH ALAM, 22 APRIL: Majlis Belia Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor berharap lebih banyak premis dan infrastruktur mesra golongan itu diwujudkan di negeri ini.

Presidennya, Muhd Ghazali berkata masih terdapat ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian, terutamanya melibatkan kemudahan awam.

"Walaupun di Selangor kesedaran kepada OKU tinggi, tetapi ada tempat-tempat yang kita kena lihat yang perlu ditambah baik.

“Kerjasama antara pihak berkaitan perlu diperkukuh bagi memudahkan pelaksanaan penambahbaikan. Kita berharap Selangor jadi contoh kepada negeri lain dari segi penyediaan infrastruktur yang lebih sistematik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke Sidang Dewan Negeri Selangor bersama 11 wakil kepimpinan majlis berkenaan.

Katanya, kunjungan tersebut memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada kepimpinan OKU.

Sementara itu, EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata lawatan tersebut membuka ruang kepada warga OKU memahami proses sidang dewan sebagai institusi tertinggi perundangan negeri, selain berkongsi pandangan berkaitan kemudahan sedia ada.

"Melalui kunjungan ini kita dapat menerima input bagaimana premis atau bangunan dari segi infrastruktur itu mesra kepada warga OKU dan bagaimana penambahbaikan boleh dilakukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kehadiran rombongan berkenaan sebagai satu penghormatan kepada Kerajaan Negeri, selain membantu usaha penambahbaikan berterusan melalui Majlis Tindakan OKU.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.