Kekuatan kerja berpasukan tunjang kecemerlangan warga MBPJ

22 Apr 2026, 2:54 AM
Kekuatan kerja berpasukan tunjang kecemerlangan warga MBPJ
Kekuatan kerja berpasukan tunjang kecemerlangan warga MBPJ

PETALING JAYA, 22 APRIL: Pengiktirafan yang diterima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 menjadi bukti kekuatan kerja berpasukan serta komitmen berterusan warga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam memperkasa perkhidmatan bandar raya.

Penerima Anugerah Khas Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Bakri Salleh, 49, berkata kejayaan itu bukan hasil individu semata-mata, sebaliknya dicapai melalui kerjasama erat dalam kalangan pasukan kerja bagi memastikan Petaling Jaya terus berkembang sebagai bandar raya mampan dan sejahtera.

Penerima Anugerah khas Datuk Bandar kepada Mohd Bakri Salleh,49, dalam majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2025 dan sanjungan budi pesara 2026 di Hotel Armada, Petaling Jaya pada 21 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Tidak dinafikan memang ada cabaran apabila berkhidmat di majlis bergelar bandaraya tetapi ia bukan penghalang untuk beri khidmat baik dan sebarang isu perlu diselesaikan dengan matang.

“Tiada petua diamalkan cuma sentiasa beri komitmen yang tinggi dan berdedikasi dalam melaksana tugasan diberikan selain ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya yang telah berkhidmat selama 25 tahun di pihak berkuasa tempatan itu.

Bagi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Ts. Zatul’Iffah Azizan, 48, pula, anugerah yang diterima buat kali ketiga sepanjang 23 tahun perkhidmatannya menjadi motivasi untuk terus meningkatkan mutu kerja demi komuniti.

Ts. Zatul’Iffah Azizan, 48, dalam majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2025 dan sanjungan budi pesara 2026 di Hotel Armada, Petaling Jaya pada 21 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Sudah pasti berasa teruja dan gembira menerima anugerah ini dan sebenarnya penghargaan diberi menjadi dorongan supaya saya terus meningkatkan prestasi kerja untuk komuniti.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama rakan-rakan dan komitmen diberikan wakil rakyat dan ahli majlis yang banyak membantu,” katanya.

Sementara itu, Wan Noraizah Wan Ibrahim, 58, yang menamatkan 33 tahun perkhidmatan di MBPJ, menyifatkan penghargaan pakej umrah yang diterima sebagai kenangan bermakna menjelang persaraan.

Wan Noraizah Wan Ibrahim,58, dalam majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2025 dan sanjungan budi pesara 2026 di Hotel Armada, Petaling Jaya pada 21 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Perasaan memang sedih apabila bersara kerana sepanjang di MBPJ saya berada di lima jabatan dan terlalu banyak ilmu dan pengalaman diterima.

“Terima kasih atas segala kerjasama diberikan dan gembira serta bersyukur diberikan hadiah umrah,” katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (tengah) bersama Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon bergambar dalam majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2025 dan sanjungan budi pesara 2026 di Hotel Armada, Petaling Jaya pada 21 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Terdahulu, seramai 149 kakitangan MBPJ termasuk dua lantikan kontrak untuk perkhidmatan (CFS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Majlis sama turut meraikan 25 pesara menerusi Majlis Sanjungan Budi Pesara 2026, manakala lima kakitangan menerima Anugerah Khas Datuk Bandar.

Kesemua anugerah disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, diiringi Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohamad Zahri Samingon serta Timbalannya Aznan Hassan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (tengah) bersama Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon bergambar dalam majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2025 dan sanjungan budi pesara 2026 di Hotel Armada, Petaling Jaya pada 21 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.