Di sebalik hiruk-pikuk ibu kota, berdiri sebuah kedai kecil bernama Pak Tai Kedai Gambar yang berdiri gagah sebagai simbol ketekunan dancinta terhadap seni fotografi.
Kedai lama yang diambil alih Kok Kee Low, 81, dari pemilik asal pada tahun 1968 pernah melalui zaman kegemilangan kamera filem, proses cuci manual dalam bilik gelap, sehinggalah kepada era fotografi digital.
Studio ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencetak gambar, malah menjadi tempat pelanggan berkongsi kenangan daripada gambar perkahwinan, potret keluarga hinggalah pasport.
Bagi warga emas itu, fotografi bukan sekadar perniagaan, tetapi amanah untuk menyimpan memori manusia dalam bentuk visual.
Jurugambar HARUN TAJUDIN merakam usaha gigih Pak Tai menghidupkan 'seni cahaya' di ruang kecil yang kini menjadi pilihan anggota polis, khususnya dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.















