"Unsung Hero" Nadi Bekalan Segar Pasar Borong Selangor

21 Jun 2026, 8:00 AM
"Unsung Hero" Nadi Bekalan Segar Pasar Borong Selangor

TATKALA ramai masih dibuai lena, di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Subang Jaya, kumpulan ini sudah mula bergerak aktif seawal jam 3 pagi.

Di sini, peniaga kecil, peruncit, pemborong hinggalah pemandu lori saling bergantung antara satu sama lain. Setiap pergerakan mereka penting dalam memastikan bekalan sampai ke tangan pengguna tepat pada waktunya.

Penat itu ada, namun di sebaliknya, terikat satu tanggungjawab besar demi memastikan kelangsungan bekalan makanan untuk semua.

Jurufoto REMY ARIFIN merakam aktiviti di Pasar Borong Selangor sebagai gambaran sebenar denyut kerja keras kumpulan yang menggerakkan “ekonomi 3 pagi”

Walaupun suasana masih sepi, aktiviti di pasar sudah rancak dengan barangan mentah dan segar disusun rapi oleh peniaga sebelum jual beli bermula.

Peniaga membungkus buah-buahan ke dalam kotak dengan teliti bagi menjamin kualiti produk apabila sampai kepada peruncit dan pemborong.

Pekerja pasar memasukkan pelbagai barangan mentah dan basah ke dalam van sebelum diedarkan kepada pelanggan dan pemborong di serata tempat sekitar Lembah Klang.

Pembantu pasar membungkus barangan segar untuk dihantar kepada pembekal dan keperluan pelanggan ketika tinjauan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Subang Jaya pada 27 April 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pekerja mencatat butiran tempahan bagi memastikan setiap urus niaga direkodkan dengan tepat serta sistematik.

Peniaga memeriksa kualiti sayur-sayuran dan buah-buahan supaya hanya produk yang segar dan berkualiti dijual kepada pelanggan.

Pemandu lori, Shahrul Ramlee, 41, mengeluarkan tong berisi taugeh dari untuk dihantar kepada pemborong

Peniaga menggunakan mesin ayam bagi mempercepatkan proses pemotongan dan pemprosesan ayam sebelum dijual kepada pelanggan.

Aktiviti jual beli bermula di Pasar Borong Selangor, dengan peniaga melayan pelanggan yang hadir untuk mendapatkan bekalan segar pada awal pagi.

Pekerja membungkus tauhu dengan mengutamakan kebersihan supaya kualiti produk sentiasa terjamin untuk dijual kepada pelanggan.

Pemandu van, K. Knavaraj, 47, mengangkat barangan mentah yang dipesan oleh pelanggan sebelum dihantar ke serta tempat sekitar Lembah Klang mengikut masa yang ditetapkan.

Beberapa lori diparkir di hadapan Pasar Borong Selangor dan sedia untuk menghantar barangan kepada pelanggan dan pemborong ke pelbagai destinasi sekitar Lembah Klang.

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.