Pandu sambil riba wanita, bekas pemandu bas direman

16 Apr 2026, 4:12 AM
Pandu sambil riba wanita, bekas pemandu bas direman

JASIN, 16 APRIL: Bekas pemandu bas ekspres dan seorang wanita hari ini direman empat hari hingga Ahad bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan memandu secara berbahaya, baru-baru ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin di Mahkamah Majistret Jasin di sini hari ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bekas pemandu dan wanita yang masing-masing berusia 36 tahun dan 21 tahun itu, sebelum ini ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin semalam.

Mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan bekas pemandu bas ekspres tersebut yang didakwa memandu sambil meriba seorang wanita di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Media sebelum ini melaporkan kejadian itu dipercayai berlaku pada 12 April, kira-kira 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan dan rakaman video kejadian itu dikesan tular 13 April kira-kira 5.30 petang oleh pihak polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.