Guru wanita maut kemalangan

15 Apr 2026, 6:49 AM
Guru wanita maut kemalangan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti Parit Sikom, Pontian, petang semalam.

Mangsa, Jamaliah Aris, 37, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman Pekan Nanas disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata siasatan awal mendapati kemalangan pada jam 4.15 petang itu berlaku apabila Toyota Vios dipandu mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung lori.

"Pemandu Toyota Vios cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Pontian, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

"Lori yang terbabit kemalangan disita untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.