Imej tular palsu galak tanam ganja, pejabat Mohamad Sabu rujuk SKMM

14 Apr 2026, 3:40 AM
Imej tular palsu galak tanam ganja, pejabat Mohamad Sabu rujuk SKMM

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini menafikan sekeras-kerasnya penyebaran imej palsu di media sosial yang mendakwa Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.

Menerusi kenyataan itu, imej berkenaan disifatkan sebagai fitnah dan manipulasi digital serta berpotensi mengelirukan orang awam kerana Mohamad Sabu tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Sehubungan itu, laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan serta tindakan lanjut terhadap pihak yang terlibat," menurut kenyataan pejabat itu.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan palsu serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Pada awal Mac lalu, Mohamad Sabu menyarankan penjawat awam supaya mula bercucuk tanam sebagai langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.