AS mula sekat trafik maritim keluar masuk pelabuhan Iran

14 Apr 2026, 12:30 AM
AS mula sekat trafik maritim keluar masuk pelabuhan Iran

WASHINGTON, 14 APRIL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mula melaksanakan sekatan terhadap semua trafik maritim yang memasuki dan keluar daripada pelabuhan Iran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), yang bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di Asia Barat dan kawasan lain, pada Ahad menyatakan bahawa sekatan itu akan "dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal dari semua negara" yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran di Teluk dan Teluk Oman.

"Pasukan CENTCOM tidak akan menghalang kebebasan navigasi bagi kapal yang transit di Selat Hormuz menuju ke dan dari pelabuhan bukan milik Iran," menurut kenyataan itu.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini mengumumkan sekatan ke atas pelabuhan Iran yang dijadualkan berkuat kuasa pada pukul 2 petang (1400 GMT) Isnin.

Pengumuman itu menyusuli rundingan langsung yang jarang berlaku antara AS dan Iran di Pakistan pada hujung minggu bertujuan menamatkan perang yang bermula pada 28 Feb lalu, namun rundingan berkenaan gagal mencapai sebarang persetujuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.