Siasatan kes 12 anggota polis dipercayai samun mata wang kripto hampir selesai

13 Apr 2026, 8:23 AM
Siasatan kes 12 anggota polis dipercayai samun mata wang kripto hampir selesai
Siasatan kes 12 anggota polis dipercayai samun mata wang kripto hampir selesai

SHAH ALAM: 13 APRIL: Seramai 12 anggota polis yang disiasat selepas didakwa terbabit kes samun mata wang kripto milik seorang warga asing, direhatkan daripada tugas aktif.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya sedang menunggu laporan teknikal daripada agensi berkaitan sebelum siasatan diteruskan ke peringkat seterusnya, lapor Berita Harian.

"Laporan teknikal masih diperlukan kerana apabila membabitkan transaksi mata wang kripto, kita perlu menunggu laporan daripada agensi yang bersifat teknikal.

"Namun, ia hampir selesai dan selepas itu kita akan merujuk kepada pihak pendakwaan negeri jika sudah ada laporan teknikal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, seramai 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan berkumpulan membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China.

Mereka yang ditahan masing-masing seorang berpangkat Asisten Superintendan, Inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.