Iran beri amaran kepada AS: Jangan 'silap langkah' di Selat Hormuz

13 Apr 2026, 12:31 AM
Iran beri amaran kepada AS: Jangan 'silap langkah' di Selat Hormuz

TEHRAN, 13 APRIL: Markas Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Ahad memberi amaran bahawa sebarang “silap langkah” di Selat Hormuz akan memerangkap musuhnya dalam “pusaran maut”, menurut saluran berita Sepah News yang bergabung dengan IRGC, lapor Xinhua.

Markas Tentera Laut itu menyatakan bahawa dron Iran sedang memantau selat berkenaan secara masa nyata dan menambah bahawa semua pergerakan di kawasan itu berada di bawah “kawalan penuh” angkatan tentera Iran.

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz, menurut hantaran di platform Truth Social miliknya. Trump berkata langkah itu akan berkuat kuasa “serta-merta”.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.