KPM mula siasatan dalaman kes pelajar maut di sekolah

12 Apr 2026, 2:29 PM
KPM mula siasatan dalaman kes pelajar maut di sekolah

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) susulan kematian seorang pelajar perempuan dalam kemalangan di sebuah sekolah di Kelantan.

Dalam kenyataan, KPM memaklumkan siasatan itu dijalankan serentak dengan siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. KPM juga telah memulakan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap SOP yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, kementerian menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta berharap mereka diberi kekuatan menghadapi ujian berkenaan.

KPM turut memaklumkan pihaknya sedang menguruskan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa dengan memberi perhatian terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan.

Selain itu, semua institusi pendidikan diingatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan murid, guru dan warga sekolah bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.