Ketua komuniti India diperkasa, fokus santuni rakyat Selangor

12 Apr 2026, 12:45 PM
Ketua komuniti India diperkasa, fokus santuni rakyat Selangor
Ketua komuniti India diperkasa, fokus santuni rakyat Selangor
Ketua komuniti India diperkasa, fokus santuni rakyat Selangor

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kursus Induksi Ketua Komuniti Kaum India Negeri Selangor (KKI) memperkukuh peranan pemimpin komuniti sebagai jambatan antara masyarakat dan Kerajaan Negeri.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata kursus bertujuan memperkasa fungsi Ketua Komuniti India agar lebih berkesan dalam menyantuni rakyat serta memahami keperluan komuniti setempat.

"Saya turut mengingatkan semua agar sentiasa turun padang menyantuni rakyat serta menjadi mata dan telinga kerajaan dan peka terhadap keperluan komuniti, khususnya masyarakat India," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya, sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting termasuk struktur pentadbiran, tatacara kerja, prosedur kewangan serta pelaksanaan program Kerajaan Negeri.

"Pengisian turut melibatkan taklimat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain penerangan mengenai program SejaTi MADANI, penggunaan Sistem Kita Selangor Bersepadu," katanya.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan taklimat berkenaan Inisiatif Peduli Rakyat di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

Beliau berharap kursus tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh kepimpinan serta mempertingkat kesejahteraan rakyat, khususnya masyarakat India di Selangor.

Terdahulu, Papparaidu menyampaikan kata aluan dalam program yang berlangsung di Sri Damai Resort, Kalumpang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.