Hampir 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri, serlahkan perpaduan kalangan komuniti

11 Apr 2026, 12:17 AM
Hampir 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri, serlahkan perpaduan kalangan komuniti
Hampir 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri, serlahkan perpaduan kalangan komuniti
Hampir 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri, serlahkan perpaduan kalangan komuniti
Hampir 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri, serlahkan perpaduan kalangan komuniti
Hampir 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri, serlahkan perpaduan kalangan komuniti

SHAH ALAM, 11 APRIL: Hampir 1,000 pengunjung memeriahkan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 20 berlangsung di Dewan Baiduri, Sunway Alam Suria, Seksyen U10, di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan dalam suasana penuh muhibah itu menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Lebih menarik, sambutan tersebut bukan sahaja dihadiri masyarakat Melayu, malah turut disertai kaum lain termasuk Cina dan India yang bersama-sama memeriahkan acara berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi berkata penyertaan pelbagai kaum jelas mencerminkan keharmonian dan kesepaduan kukuh dalam kalangan penduduk Shah Alam.

Menurutnya, situasi itu dapat dilihat setiap kali sambutan perayaan utama dianjurkan secara bersama oleh komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi berucap dalam majlis Sambutan Aidilfitri MPP Zon 20 di Dewan Baiduri, Sunway Alam Suria, Seksyen U10, Shah Alam pada 10 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Ini merupakan satu manifestasi yang menandakan perpaduan dan keharmonian penduduk di kawasan ini, khususnya di Shah Alam, yang dapat dilihat setiap kali adanya sambutan perayaan besar dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

“Ia juga menjadi antara usaha berterusan untuk menggalakkan penduduk berinteraksi, saling mengenali serta mengukuhkan hubungan komuniti tanpa mengira latar belakang.

"Saya ingin merakamkan tahniah kepada barisan jawatankuasa MPP Zon 20 kerana berjaya menganjurkan majlis yang cukup meriah dan tersusun ini,” katanya kepada Media Selangor.

Dalam perkembangan sama, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan itu berharap penganjuran seumpama itu dapat dijadikan contoh oleh MPP lain di seluruh negeri dalam usaha memperkukuh perpaduan dan memupuk semangat kejiranan yang lebih erat.

Beliau berkata sambutan Aidilfitri bukan sahaja diraikan sebagai tradisi, tetapi turut berperanan sebagai medium penting dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum melalui aktiviti komuniti yang inklusif dan harmoni.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi beramah mesra bersama tetamu dalam majlis Sambutan Aidilfitri MPP Zon 20 di Dewan Baiduri, Sunway Alam Suria, Seksyen U10, Shah Alam pada 10 April 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.