MyRNA perkenal saringan risiko barah paru-paru di aplikasi SEHATi PERKESO

12 Apr 2026, 4:01 PM
MyRNA perkenal saringan risiko barah paru-paru di aplikasi SEHATi PERKESO

Advertorial

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Rakyat Malaysia kini boleh mengakses pilihan baharu untuk penilaian awal risiko kanser paru-paru yang tidak invasif melalui LUNGClear™, kini boleh didapati di aplikasi SEHATi, berkuat kuasa 13 April 2026. Dibangunkan oleh MyRNA, peneraju inovasi diagnostik kesihatan di Malaysia, ujian berasaskan darah ini memperluaskan akses kepada pengenalpastian risiko kanser paru-paru lebih awal melalui ekosistem kesihatan digital negara.

Dengan kurang daripada 1 dalam 10 pesakit kanser paru-paru di Malaysia bertahan melebihi lima tahun akibat pengesanan lewat (KKM, 2019), keperluan untuk pengenalpastian lebih awal adalah kritikal. LUNGClear™ menangani jurang ini melalui ujian darah yang ringkas serta tidak invasif, membolehkan tindakan susulan tepat pada masanya.

Pelaksanaan LUNGClear™ di SEHATi ini selari dengan keutamaan kesihatan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), yang menekankan penjagaan dan pencegahan penyakit, pengesanan awal dan pendigitalan kesihatan.

Tentang LUNGClear™

LUNGClear™ ialah ujian saringan berasaskan darah yang mengesan biomarker berkaitan kanser paru-paru di peringkat awal, membolehkan pengenalpastian risiko pada individu walaupun sebelum gejala muncul.

Paparan antara muka yang terdapat pada aplikasi SEHATi

Saringan ini melibatkan pengambilan darah di klinik panel SEHATi menggunakan dua tiub ethylenediaminetetraacetic acid (EDTA) (5ml setiap satu), diikuti bacaan skor dan kategori risiko melalui analisis makmal. Proses pengambilan darah mengambil masa kira-kira 10–15 minit dan keputusan boleh diperolehi dalam tempoh 7 hari bekerja. Tiada sebarang persediaan khas atau berpuasa diperlukan sebelum menjalani saringan.

Individu dengan keputusan berisiko tinggi mungkin disarankan menjalani pemeriksaan lanjut seperti imbasan atau rujukan pakar.

Saringan kanser paru-paru ini disyorkan untuk:

● Individu berumur 40 tahun ke atas

● Perokok atau bekas perokok

● Individu dengan sejarah keluarga kanser

● Mereka yang terdedah kepada risiko persekitaran atau pekerjaan

Akses lebih luas melalui SEHATi

Pada masa ini, LUNGClear™ boleh didapati di lebih daripada 1,300 klinik panel SEHATi di sekitar Lembah Klang, sekali gus memudahkan akses kepada pengguna yang layak. Perkhidmatan ini juga dijangka diperluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan akses kepada saringan kesihatan paru-paru secara pencegahan.

LUNGClear™ ditawarkan di SEHATi melalui dua pilihan:

  • RM420 sebagai tambahan kepada Pakej Saringan Kesihatan PERKESO

  • RM480 jika ditempah sebagai ujian kendiri berasingan

Struktur penawaran ini mencerminkan kerjasama yang membolehkan saringan kesihatan paru-paru diakses dengan lebih meluas, sambil menyokong usaha mempertingkatkan pengambilan Program saringan Kesihatan (HSP) PERKESO.

“Pengesanan awal amat penting dalam meningkatkan hasil rawatan. LUNGClear™ menyediakan langkah pertama yang ringkas dan tidak invasif untuk menyokong tindakan susulan klinikal tepat pada masanya,” kata Dr Mohd Helmi Zakariah, Pengurus Besar MyRNA.

“Melalui kerjasama dengan SEHATi – platform kesihatan digital PERKESO, lebih ramai rakyat Malaysia kini boleh memahami risiko kanser paru-paru dengan lebih awal. Penawaran tambahan di bawah Pakej Saringan Kesihatan PERKESO ini juga mencerminkan satu bentuk kerjasama yang bermakna untuk meningkatkan kemampuan akses serta menggalakkan penyertaan lebih meluas dalam usaha penjagaan kesihatan paru-paru.”

Cara akses dan tempahan

LUNGClear™ boleh didapati melalui aplikasi SEHATi bermula 13 April 2026 yang meliputi perkhidmatan pengambilan darah, analisis makmal dan laporan digital. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun aplikasi “SEHATi PERKESO” melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Untuk tempahan saringan:

Buka aplikasi SEHATi → Marketplace → Saringan Kesihatan / Saringan Kanser → LUNGClear™ → Tempah Sekarang/Tempah Kemudian → Pilih klinik dan masa → Lengkapkan pembayaran.

Keputusan akan dipaparkan secara digital dan susulan akan diatur sekiranya perlu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.