Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah Selangor rancang hala tuju sukan pelajar

8 Apr 2026, 6:07 AM
Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah Selangor rancang hala tuju sukan pelajar
Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah Selangor rancang hala tuju sukan pelajar

SHAH ALAM, 8 APRIL: Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSS) memberi tumpuan terhadap perancangan hala tuju pembangunan sukan pelajar di negeri ini bagi tahun 2026.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor berkata, perbincangan menekankan penyelarasan program sukan, pengukuhan bakat atlet murid serta pemantapan pengurusan kejohanan di semua peringkat.

"Penekanan turut diberikan terhadap usaha melahirkan atlet pelajar yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan kecemerlangan sukan," menurut kenyataan di Facebook.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi strategi memperkasa penglibatan sekolah dalam pelbagai kejohanan, mempertingkat kemudahan dan sokongan kepada jurulatih.

"Mesyuarat turut membincangkan kepentingan kebajikan atlet agar sentiasa terpelihara," katanya.

JPN Selangor menegaskan komitmen semua pihak yang terlibat dilihat sebagai asas penting dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Selangor peneraju kecemerlangan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Terdahulu, mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JPN Selangor itu dipengerusikan Pengarah Pendidikan Negeri, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim bagi memastikan perancangan sukan negeri dilaksanakan secara tersusun dan berimpak tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.