ISTANBUL, 6 APRIL: Iran pada Isnin mengesahkan Ketua Pertubuhan Perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Penyiar rasmi IRIB yan memetik satu kenyataan IRGC berkata Mej Jen Seyed Majid Khademi telah "syahid” dalam serangan itu.
Khademi dilantik sebagai ketua sayap perisikan IRGC pada Jun 2025 selepas kematian pendahulunya, Jen Mohammad Kazemi, yang turut terbunuh dalam serangan Israel.
Ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, yang setakat ini telah meragut lebih 1,340 nyawa, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tindakan itu telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta kerosakan infrastruktur, selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU








