Iran serang loji janakuasa, penyahgaraman air di Kuwait

3 Apr 2026, 1:07 PM
Iran serang loji janakuasa, penyahgaraman air di Kuwait

KUWAIT, 3 APRIL: Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Diperbaharui Kuwait mengumumkan pada pagi Jumaat bahawa satu daripada loji janakuasa dan penyahgaraman air telah diserang oleh Iran, lapor Agensi Berita Emirates (WAM), memetik media tempatan.

Agensi Berita Kuwait (KUNA) memetik jurucakap rasmi kementerian Fatima Hayat sebagai berkata serangan itu berlaku pada waktu subuh Jumaat, menyebabkan kerosakan material pada beberapa komponen loji berkenaan.

Beliau menambah bahawa pasukan teknikal dan kecemasan segera memulakan operasi mengikut pelan kecemasan yang diluluskan bagi menangani kesan kejadian itu serta mengekalkan kecekapan operasi.

-- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.