“Nyawa dibalas nyawa”, isteri mangsa rempuhan pemandu mabuk tuntut keadilan

1 Apr 2026, 2:12 AM
“Nyawa dibalas nyawa”, isteri mangsa rempuhan pemandu mabuk tuntut keadilan

SHAH ALAM, 1 APR: Isteri kepada arwah Amirul Hafiz Omar yang maut dirempuh pemandu mabuk menuntut hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku.

Dalam keadaan masih bersedih, Nor Nadia meluahkan hasrat agar keadilan ditegakkan, termasuk hukuman berat terhadap tertuduh.

“Saya nak nyawa dibalas nyawa,” katanya sejurus tiba di Kompleks Mahkamah Klang sekitar jam 9.20 pagi tadi, lapor MalaysiaGazette.

Dalam kejadian Ahad lalu, Amirul Hafiz maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata kemalangan kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang memandu laju dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang.

“Hasil ujian saringan mendapati pemandu berkenaan positif alkohol dan dadah,” katanya.

Terdahulu Media Selangor melaporkan suspek akan didakwa di mahkamah hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.