Hujan lebat diramal landa Klang, Kuala Langat dan Langkawi hingga 12 tengah hari

1 Apr 2026, 1:58 AM
Hujan lebat diramal landa Klang, Kuala Langat dan Langkawi hingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 1 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Kedah dan Selangor sehingga jam 12 tengah hari ini.

Antara kawasan terjejas ialah Langkawi di Kedah serta Klang dan Kuala Langat di Selangor.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh berkenaan.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlarutan lebih satu jam.

Dalam perkembangan sama, MetMalaysia turut memaklumkan beberapa daerah di Kedah sedang mengalami cuaca panas pada tahap berjaga-jaga (Tahap 1).

Kawasan terlibat ialah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling yang mencatat suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia menjelaskan keadaan itu masih terkawal dan belum mencapai tahap gelombang haba, namun orang ramai dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar dan memastikan pengambilan air mencukupi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.