Ribut petir, cuaca panas landa negara, beberapa negeri terjejas

31 Mac 2026, 7:00 AM
Ribut petir, cuaca panas landa negara, beberapa negeri terjejas

SHAH ALAM, 31 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Di Semenanjung, kawasan terjejas melibatkan Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); serta Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson); Melaka; serta Johor (Kulai dan Kota Tinggi).

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Kapit dan Bintulu (Tatau).

Menurut MetMalaysia, ribut petir disertai hujan lebat dijangka berlaku di kawasan berkenaan dalam tempoh amaran, dengan orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan angin kencang.

Dalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia turut memaklumkan setakat 6 pagi tadi, beberapa kawasan di utara Semenanjung kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) cuaca panas.

Antara kawasan terlibat ialah Perlis serta beberapa daerah di Kedah termasuk Kota Setar, Kuala Muda, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik dan Baling.

Tahap 1 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius yang direkodkan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.