Warga asing ditahan curi motosikal, positif dadah

31 Mac 2026, 5:53 AM
Warga asing ditahan curi motosikal, positif dadah

SHAH ALAM, 31 MAC: Seorang lelaki warga asing ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di kawasan stesen minyak Pandamaran Indah 2, Klang Selatan, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan memaklumkan tangkapan dibuat ketika Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek berusia 38 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan bersama sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran.

"Hasil pemeriksaan mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang di Pelabuhan Klang.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan harta benda dan menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.