Ketetapan BDR: Selangor teliti pelbagai aspek, keputusan minggu depan

30 Mac 2026, 3:45 PM
Ketetapan BDR: Selangor teliti pelbagai aspek, keputusan minggu depan
Ketetapan BDR: Selangor teliti pelbagai aspek, keputusan minggu depan
Ketetapan BDR: Selangor teliti pelbagai aspek, keputusan minggu depan

HULU LANGAT, 30 MAC: Kerajaan Selangor akan membuat keputusan muktamad berhubung pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) minggu depan selepas meneliti hasil dua mesyuarat penting berkaitan situasi semasa, khususnya melibatkan krisis tenaga global.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri mengambil pendekatan berhati-hati dengan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pengusaha minyak dan gas, pakar ekonomi serta institusi kewangan.

Menurutnya, pertemuan bersama pihak berkepentingan itu dijadual berlangsung Rabu ini, diikuti mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin negeri pada Khamis bagi merangka langkah berdepan cabaran global semasa.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas merasmikan pembukaan semula Puncak Ampang Look Out Point (ALOP) di Bukit Ampang, Hulu Langat pada 30 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JLAN/MEDIA SELANGOR

“Tadi dalam MMKN, saya sudah minta bahagian sektor sumber manusia untuk sediakan kerangka ini. Saya juga cakap akan dengar dulu dua mesyuarat penting ini.

“Yang pentingnya tujuan BDR itu adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap penggunaan bahan bakar api serta kesan produktiviti kerja kakitangan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Puncak Ampang Look Out Point (ALOP) di sini.

Turut hadir EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) menandatangan plak sebagai simbolik pembukaan semula Puncak Ampang Look Out Point (ALOP) di Bukit Ampang, Hulu Langat pada 30 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JLAN/MEDIA SELANGOR

Khamis lalu, Anwar memaklumkan kerajaan sedang mempertimbangkan langkah tambahan termasuk pelaksanaan kerja lebih anjal seperti BDR secara berperingkat bagi penjawat awam.

Beliau turut menggesa sektor swasta meneliti pendekatan sama, selaras dengan langkah yang pernah dilaksanakan beberapa syarikat dan institusi kewangan sebelum ini.

Beberapa negara ASEAN turut mempertimbangkan dasar serupa susulan kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan bahan api akibat konflik berterusan di Asia Barat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.