Jualan Rahmah MADANI enam lokasi esok, barang murah menanti

30 Mac 2026, 9:01 AM
Jualan Rahmah MADANI enam lokasi esok, barang murah menanti

SHAH ALAM, 30 MAC: Program Jualan Rahmah MADANI diteruskan esok di enam lokasi, menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah bagi membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan.

Program bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di Balai Penghulu Mukim Batu (DUN Sungai Tua), Menara MPKj (DUN Kajang), pekarangan rumah Pengerusi JPKKP Kampung Peket 100 Sungai Nipah (DUN Sungai Panjang) serta Pusat Desa Kampung Sungai Gulang-Gulang (DUN Permatang).

Sesi petang pula berlangsung dari jam 3.30 hingga 6.30 petang di Surau Taman Aman Perdana (DUN Meru) dan Pangsapuri Angsana USJ 1 (DUN Subang).

Inisiatif anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup melalui penawaran barangan asas pada harga berpatutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.