KKM kongsi langkah cegah denggi ketika musim perayaan

29 Mac 2026, 12:30 PM
KKM kongsi langkah cegah denggi ketika musim perayaan

SHAH ALAM, 29 MAC: Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengekalkan kebersihan persekitaran rumah bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes, penyebar penyakit denggi, chikungunya dan zika.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook berkongsi beberapa tip pencegahan denggi, terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

“Musim perayaan dan cuti sekolah meningkatkan pergerakan masyarakat, sekali gus berisiko berlaku jangkitan demam denggi. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya.

Antara langkah pencegahan yang disarankan:

  • pastikan tiada bekas yang boleh menakung air di sekitar rumah

  • tutup rapat semua bekas simpanan air dan gunakan ubat pembunuh jentik-jentik

  • pakai pakaian berwarna cerah dan kurangkan pakaian terdedah (5-8 pagi dan 5-8 malam)

  • sebelum memasuki rumah lakukan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa yang mungkin bersembunyi

Dengan langkah mudah ini, masyarakat dapat membantu mengurangkan risiko denggi walaupun dalam tempoh perayaan yang sibuk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.