Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

25 Mac 2026, 2:16 AM
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat pagi ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan, selain disebabkan kemalangan dan kenderaan rosak.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 arah selatan, kesesakan sepanjang tujuh kilometer dikesan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar berikutan kemalangan di KM 231.4

“Kerja pembersihan kesan kemalangan sedang dijalankan dan lorong kanan masih terhalang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata bagi laluan PLUS E2, trafik perlahan dari Setia Tropika ke Dato' Onn manakala kelewatan dijangka dari Sedenak ke Senai Utara berikutan kenderaan rosak di KM 22.8 arah selatan yang menghalang lorong kecemasan dan kiri.

Sementara itu, aliran trafik dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor dilaporkan perlahan dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands ke CIQ Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Turut dilaporkan perlahan ialah dari Puchong Utama ke Puchong Intan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam dan platform X @plustrafik dan @llmtrafik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.