Projek SPS di Sungai Klang bantu kurangkan risiko banjir di Seksyen 24

22 Mac 2026, 2:00 AM
Projek SPS di Sungai Klang bantu kurangkan risiko banjir di Seksyen 24
Projek SPS di Sungai Klang bantu kurangkan risiko banjir di Seksyen 24
Projek SPS di Sungai Klang bantu kurangkan risiko banjir di Seksyen 24

SHAH ALAM, 22 MAC: Projek pemasangan sistem Schematic Precast System (SPS) di Sungai Klang akan dilaksanakan dari Uptown Seksyen 24 sepanjang kira-kira dua kilometer, sekali gus mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid berkata, kerja pemasangan sistem tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun 2026.

Menurutnya, sistem SPS dari Indonesia itu merupakan kaedah pembinaan menggunakan struktur konkrit pra-tuang bagi memperkukuh tebing sungai serta meningkatkan kapasiti aliran air.

“Projek pemasangan sistem SPS di Sungai Klang akan dilaksanakan bermula dari kawasan Uptown Seksyen 24 sepanjang kira-kira dua kilometer dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun 2026.

“Sistem ini bertujuan memperkukuh tebing sungai serta meningkatkan kapasiti aliran air, sekali gus membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, beliau menyertai lawatan tapak pemasangan bersama EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Dato' Izham Hashim, selain menerima taklimat teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Selangor Maritime Gateway (SMG) berhubung pelaksanaan projek berkenaan.

Danial berkata, projek tersebut diharapkan dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk dengan meningkatkan sistem saliran, keselamatan tebing sungai serta kesejahteraan kawasan sekitar Sungai Klang.

“Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.