28 pekerja pembersihan bangunan SUK terima sumbangan Aidilfitri

17 Mac 2026, 9:59 AM
28 pekerja pembersihan bangunan SUK terima sumbangan Aidilfitri
28 pekerja pembersihan bangunan SUK terima sumbangan Aidilfitri
28 pekerja pembersihan bangunan SUK terima sumbangan Aidilfitri
28 pekerja pembersihan bangunan SUK terima sumbangan Aidilfitri

SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 28 pekerja pembersihan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menerima sumbangan duit raya sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka dalam memastikan kebersihan dan keceriaan premis berkenaan.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata inisiatif tersebut merupakan kesinambungan legasi kepemimpinan terdahulu yang konsisten diteruskan setiap kali menjelang Aidilfitri sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan pekerja pembersihan.

“Sumbangan ini bukan sahaja sebagai tanda ingatan malah diharap dapat memberi sokongan dan kelegaan kepada pekerja dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Mereka juga memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran Bangunan SUK sentiasa bersih dan selesa. Sehubungan itu, penghargaan ini diberikan sebagai tanda terima kasih atas komitmen mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, hari ini.

Sementara itu, penerima, Halimah Sulaiman, 69, meluahkan rasa syukur dan terharu atas sumbangan yang diterima dan menyifatkannya sebagai satu bentuk penghargaan yang amat bermakna.

Halimah Sulaiman, 69. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Katanya, bantuan tersebut membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan Aidilfitri khususnya dalam menyediakan keperluan asas bagi menyambut perayaan bersama insan tersayang.

“Walaupun tidak banyak, ia sangat bermakna buat kami. Persiapan raya dibuat secara sederhana mengikut kemampuan, namun tetap meriah apabila dapat berkumpul bersama anak dan cucu,” ujarnya.

Seorang lagi penerima, Suryanita Safie, 46, turut menghargai inisiatif berkenaan yang disifatkan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan pekerja pembersihan yang sering menjalankan tugas di sebalik tabir.

Suryanita Safie, 46. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata, sumbangan itu amat membantu mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih tenang dan gembira selain memberi suntikan semangat untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Alhamdulillah, sumbangan ini amat bermakna buat kami dan banyak membantu dalam membuat persiapan Aidilfitri. Ia memberi kegembiraan serta membolehkan kami sekeluarga menyambut Syawal dengan lebih tenang dan penuh kesyukuran,” tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.