Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa Selangor, KL petang ini

17 Mac 2026, 7:02 AM
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa Selangor, KL petang ini

SHAH ALAM, 17 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 5 petang hari ini.

Antara kawasan terlibat ialah Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, selain Pahang (Rompin).

Di Selangor, kawasan dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut berada dalam kawasan amaran.

Amaran sama turut melibatkan Johor (Segamat) serta beberapa kawasan di Sarawak termasuk Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song dan Kapit).

Di Sabah, kawasan Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan turut diramalkan mengalami keadaan cuaca tersebut.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.