Tiga maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika curi kabel TNB

16 Mac 2026, 9:26 AM
Tiga maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika curi kabel TNB

SHAH ALAM, 16 MAC: Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang di Taman Rapat Perdana, Ipoh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima aduan orang awam mengenai kejadian curi kabel di kawasan berkenaan sekitar jam 10 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan sebelum menemukan mayat tiga lelaki terbabit.

“Siasatan awal mendapati semua lelaki berusia antara 35 hingga 50 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.

“Mayat mereka kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.